CARILAH KEMANISAN DALAM DALAM PERJUANGAN

DAIE SUDAH MAIN PERANAN

Di Mauritius, penduduk islam yang pada asalnya mencecah 90% dari warganya telah berubah merudum kepada 30%...mengapa?kerana tanggungjawab berdakwah dan menyampaikan tidak digiatkan oleh pendakwah islam kerana kurangnya kesedaran tentang pentingnya penyebaran agama islam itu berterusan..Subhanallah...
Kini..alhamdulillah telah timbulnya kesedaran dalam hidup umat islam tentang pentingnya dakwah ini..fikirlah wahai umat islam..KEHENDAK RASULULLAH S.A.W ITU KEHENDAK ALLAH S.W.T..KEMAHUAN RASULULLAH S.A.W ITU KEMAHUAN ALLAH S.W.T...AGAMA RASULULLAH S.A.W ITU AGAMA ALLAH S.W.T....

Maka disini terang lagi bersuluh..bahawa besarnya tanggungjawab sebagai seorang islam..jangan merasa beban wahai anak Adam a.s....kita pasti mampu..berkat doa serta  usaha yang berterusan tanpa mengenal penat lelah demi islam tercinta..Sesungguhnya tiada paksaan dalam islam..tapi sekali kita menyebut kalimah "ASH HADUALLAILAAHAILLALLAH WA'ASH HADUANNAMUHAMMAD RASULULLAH" secara automatik,mahu tak mahu...islam lah cara hidup..islam lah pegangan..islam lah peraturan tetap serta mutlak...

Jadi dapat diringkaskan bahawa..islam menyeru umatnya menjalankan dakwah islamiyah secara wajib..



KEWAJIBAN DAKWAH!!!

Inilah yang benar-benar menakutkan hati orang Islam. Amaran Allah kepada orang yang terus berdiam diri, membisu dan tidak menghalang kemungkaran yang sedang berlaku.
Mereka yang membisu itu sentiasa resah gelisah, tidak mendapat ketenangan dan ketenteraman iman. Ketenangan ini hanya khusus untuk mereka yang berani menyatakan kebenaran dan menceritakan tentang syurga sahaja. Hanya untuk mereka yang bercerita tentang keunggulan dan keadilan Islam. Mereka juga mengingatkan manusia tentang azab neraka jahanam dan “qanun persamaan” balasan Allah S.W.T.
Dengan ini mereka telah mewarisi tugas Rasulullah S.A.W. yang diutus kepada manusia untuk menceritakan berita gembira dan ancaman dari Allah S.W.T. Dengan kata lain, mereka melakukan dakwah kepada Allah. Atau dengan istilah sebahagian fuqaha’, mereka ialah; Orang-orang yang melaksanakan tugashisbah68 dengan meng’ihtisab’kan pahala dan Allah di dalam melakukan nasihat, menegakkan amar makruf dan nahi mungkar.
Ibnu Taimiyah telah menerangkan definisi dakwah dengan katanya: “Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah dan apa-apa yang telah dibawa oleh para RasulNya, membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.”69
Dakwah dan Da’i dari Sudut Bahasa dan Kata Dasarnya
Perkataan dakwah merupakan satu istilah Islami. Ada hubungan yang erat antara erti asal perkataan ini dari sudut bahasa dengan penggunaannya dalamistilah Islami. Istilah ini tidak terdapat pada agama dan ajaran lain.
Pertamanya, kita lihat perkataan ini sebagai kata kerja iaitu د َعَوَ “da’awa” menurut timbangan kata kerja فَعَلَ “fa’ala”. Dalam kaedah bahasa Arab, apabila huruf illah الواو Wau, didahului dengan huruf berbaris di atas, maka huruf illah itu ditukar menjadi الألف Alif lalu perkataan tadi menjadi دَعَا “da’a” .
Perkataan ini dari segi bahasanya hanya mengandungi satu makna sahaja iaitu anda cenderungkan sesuatu kepadamu dengan menggunakan suara dan percakapan darimu. Sila rujuk Mu’jam Maqayis al-Lughah, Jilid 2, mukasurat 279.
Mencenderungkan di sini terbatas kepada dua medium sahaja iaitu suara dan kata-kata yang lahir dari pembicaranya. Ketika itu perkataan دَعَا “da’a” tidak mempunyai makna lain. Bila anda membaca firman Allah S.W.T.:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنْ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari or­ang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh.” (Fussilat 41: 33)
Anda akan memahami bahawa Allah S.W.T. mengutamakan orang-orang yang menyeru kepadaNya kerana dialah yang paling baik ‘perkataan’nya berbanding orang yang tidak menyeru kepada Allah.
Semua perkataan yang terbit dari kata dasar ini tidak akan terkeluar pengertiannya dari maksud ini juga. Contohnya دُعَاءٌ “du’a” kerana ia berasal dari دُعَاوٌ “du’awun” dari دَعَوْتَ “da’awta”. Oleh kerana huruf الواو Wau datang selepas hurus الألف Alif maka huruf الواو Wau ditukar menjadi Hamzah. Kata terbitan itu ada kalanya muncul dalam bentuk lain. Al-Jauhari telah berkata: مُدْعَاةٌ وَ فُلانٍ دَعْوَةِ فِي كُنَّاKunnna fi da’wati al-Fulan wa mud’ah” (yang bermaksud: “…kami diajak oleh seseorang…”), ianya sama erti dengan: اِلَى اَلدّعَوَةُ “al-Da’wah ila..” (yang bermaksud: “. . seruan kepada…”).” Pengarang Kamus al-Muhit berkata: perkataan دَعَا “da’a”, دُعَاءٌ“du’a” dan دَعَوَ “da’awa” bererti mencenderungkan dan menggalakkan kepada sesuatu.”
Dari penerangan di atas, kita dapat memahami terdapat hubungan yang erat antara pengertian kata kerja “da’a” dari sudut bahasa dengan pengertian istilah yang digunakan oleh al-Quran. Oleh itu, Firman Allah S.W.T. : “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu”, perkataan ‘serulah’ di sini bermaksud mencenderungkan dan menggalakkan.
Orang yang melaksanakan kerja dan memikul beban dakwah agar ia sampai kepada manusia disebut sebagai اَلدَّاعِىْ“al-da’ie” atau اَلدَّاعِيَةُ “al-dai’yah” “Al-da’ie”ialah kata nama pembuat iaitu kata nama ‘da’a’. Manakala “al-da’iyah” juga merupakan satu bentuk kata nama pembuat yang ditambah dengan huruf ta’ di hujungnya untuk menunjukkan erti bersangatan atau gigih berdakwah. Kata Jamaknya dikatakan دُعَاةٌ “du’at” atau دَاعُونَ “da’un” manakala bagi da’i wanita yang ramai kita katakan mereka sebagai دَاعِيَاتٌ “da’iyat”.70




SYARAH IHYA' ULUMUDDIN 




Kemudian kata Imam Al-Ghazali... sebagaimana dalam nota itu saya tulis ‘Hikmah Al-Ghazali 1’. Hikmah-hikmah Al-Ghazali ini saya kumpul-kumpul supaya boleh dijadikan satu buku ringkas, sebagaimana mencontohi kitab Hikam Ibnu ‘Ataillah.

Kata Imam Al-Ghazali : “Akhirat itu di hadapan, dunia itu di belakang. Ajal itu dekat. Perjalanan itu jauh. Perbekalan itu sedikit. Bahaya itu besar. Dan jalan itu tertutup.” Ini kata Imam Al-Ghazali. Jadi, apa maksud kata-katanya ini?

Dia kata akhirat itu di depan, dunia ini di belakang. Ajal, maksudnya mati itu, dekat. Sedangkan perjalanan itu jauh. Bekal pula sedikit. Bahaya pula besar dan jalan itu pula tertutup. Yang ini kita kena hurai. Nampak ringkas, nampak mudah, tapi sebenarnya ada banyak benda di dalamnya.

Yang pertama Imam Ghazali kata : “Akhirat itu di hadapan.” Sebab apa akhirat itu di depan? Akhirat itu di depan sebab kita sekarang sedang menuju ke akhirat, tapi kita tidak perasan. Akhirat itu di depan kita, kita sedang pergi, pergi, pergi, pergi... kerana kita sedang menuju kepada kematian. Kita bukannya berpatah balik. Kita lahir-lahir sahaja, kita (secara) automatik sedang menuju ke akhirat. Lahir sahaja, (maksudnya) sedang menuju ke akhirat. Sebab itulah dikatakan akhirat itu di hadapan. Dunia ini kita makin tinggalkan di belakang.

Contohnya macam kita dari bumi hendak pergi ke bulan. Kita naik roket. Sungguhpun kita masih berada dalam ruang angkasa bumi, tapi sebenarnya kita sedang meninggalkan bumi. Bumi sudah di belakang, bulan nun di hadapan. Jadi matlamat kita itu (bulan) yang mesti diutamakan, bukannya (utamakan) benda yang hendak kita tinggalkan. Sebab itulah dia kata : “Akhirat itu di hadapan.”

Kenapa dunia ini di belakang? Ingat tadi kata Imam Al-Ghazali : “Akhirat itu di hadapan, dunia itu di belakang”? Mengapa dia cakap begitu?

Dunia di belakang, macam yang kita cakap tadilah, sebab semakin lama ia semakin kita tinggalkan. Makin tinggal, makin tinggal, makin tinggal... bukan makin dekat dengan dunia, makin ditinggal. Hari (kita) akan mati itu, semakin dekat. Hari kita dilahirkan, semakin lama semakin menjauh. Walaupun kita baru lahir semalam, tapi kita (tetap sedang) bergerak menuju hari mati. Begitu ceritanya.

Jadi apabila kita sudah faham seperti ini, tentulah kita ada tindakan. Antara tindakannya kita hendaklah selalu zikrul maut – ingat mati. Sebelum tidur malam itu kita ingat : “Malam ini matikah aku?” Dengan cara mengingati mati ini kita bersemangat hendak tambah keimanan, tambah ilmu, tambah amal. Itu yang dikatakan : “Cukuplah mati sebagai peringatan.”

Masalahnya sekarang, kita ini takut untuk mengingati mati. Tahu tahu... mati. Itu lagi bahaya. Lebih baik kita selalu ingat : “Matikah aku?” Yang itu lebih menolong.

Kemudian Imam Al-Ghazali kata : “Ajal itu dekat.” Kenapa dikatakan ajal itu dekat? Sebab mati ini sedang mendatang, datang, datang. Ia bukannya pergi, pergi, pergi. Yang pergi, pergi, pergi ialah dunia. Yang datang, datang, datang ialah mati. Makin lama makin dekat. Kemudian dikatakan ajal itu dekat kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa. (Berlaku pada) masa yang kita tidak sangka-sangka. Dan ia berlaku pula cukup cepat, kalau Tuhan hendak bagi cepat.

Kemudian ajal itu dekat kerana malaikat maut sampai itu sekejap (cepat). Dia dekat sangat dengan kita, kita tidak boleh hendak menghalang. Kita duduklah dalam ketul ais ke, dalam peti ais ke, duduk dalam peti besi ke, di mana-mana sekalipun, dia (tetap) boleh lepas, malaikat maut ini. Sebab itu dikatakan ajal itu dekat.

Jadi kita kena renung-renung selalulah. Bila agaknya aku ni mati? Sekejap lagikah? Tidak mustahil! Ataupun sekarang, tidak mustahil juga. Tengah-tengah mengajar tiba-tiba pengsan! Orang raba nadi, tengok-tengok ‘sudah tidak ada’. “Oh mati dah ustaz yang mengajar ni.” Boleh jadi.

Masa kita tidur malam nantikah mati? Boleh jadi. Besok pagi? Boleh jadi. Dalam perjalanan balik (dari majlis kuliah) nantikah? Boleh jadi. Itu yang dikatakan mati ini dekat. Ia tidak jauh. Kita tidak boleh mencium baunya, tapi ia sangat dekat. Itulah kata Imam Ghazali.

Ada sebuah lagu yang bercerita tentang mati, yang saya ubahsuai dari lagu lain. Lagunya ringkas sahaja, beginilah bunyinya... hayati dia punya lirik.


Setiap yang bernyawa pasti mati.

Itu sudah dijanji Ilahi.

Pasti nanti kita kan bertemu mati.

Mungkin esok, mungkin juga hari ini.


Dan pasti bila nanti kita kan bertemu mati

Bertemu dengan Tuhan yang menjadikan kita semua

Mengira dosa pahala

Menuju tempat abadi

Syurga ataupun neraka.


Jadi mati ini boleh berlaku bila-bila masa. Dalam lagu itu dikata “pasti!”. Bila? Tak tahu! Matlamat akhir kita – syurga ataupun neraka.

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Seterusnya Imam Al-Ghazali kata : “Perjalanan itu jauh.”

“Akhirat itu depan, dunia itu di belakang. Ajal itu dekat. Perjalanan itu jauh.”

Kenapa dia cakap : “Perjalanan itu jauh?” Kita tengok di dunia ini, kita hendak dapatkan satu-satu pekerjaan yang selesa apabila dewasa pun susah. Dari kecil emak kita menjaga kita, kemudian masuk sekolah tadika (pra-sekolah), masuk sekolah rendah, masuk pula sekolah menengah, amsuk universiti pula, hadiri temuduga pula... barulah dapat kerja. Berapa tahun tu? Berbelas tahun, berpuluh tahun.

Ini hendak menuju alam akhirat, matlamat yang terakhir iaitu syurga ataupun neraka, ada banyak alam. Antaranya alam sakaratul maut – masa kita hendak mati itu. Nampak macam sekejap, tapi Tuhan boleh bagi panjang. Kita kata : “Dia itu (hendak) mati sekejap sahaja.” Tercungap-cungap 3 saat... mati. Tapi (walaupun) kita nampak 3 saat, Tuhan boleh bagi panjang (lama masanya) – 24 jam, 2 tahun, 1,000 tahun? Kita tak tahu. Orang yang mengalaminya itu sahaja yang tahu. Itu alam sakaratul maut.




No comments:

Post a Comment