Tentang syurga

Bergembiralah dengan Hasanah selepas mati



Bagi hamba-hamba Allah yang dikehendakiNya, alam selepas mati penuh dengan bermacam-macam hasanah atau kebaikan sehinggalah sampai ke hari kiamat dan mereka dimasukkan ke dalam syurga.
Berikut adalah kebaikan-kebaikan yang diperolehi oleh mereka yang disenaraikan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Minhajul Abidin:
  • Rohnya diiring naik ke langit dengan penuh penghormatan sedangkan badannya di alam dunia belum dikiburkan.
  • Selepas dikuburkan,rohnya akan aman daripada pertanyaan malaikat dan huru-hara kubur.
  • Diluaskan dan diterangi kuburnya hingga kuburan itu menjadi 'taman syurga' sampai ke hari kiamat.
  • Nyawanya ditempatkan bersama nyawa orang-orang soleh dalam keadaan kebahagiaan.
  • Dibangkitkan daripada kubur dab dikumpulkan di Padang Mahsyar kelak dalam keadaan mulia dan dihormati,diberi pakaian dan mahkota indah serta mengenderai buroq.
  • Paras mukannya bersih dan bercahaya,sebagaimana firmanNya: "Ada wajah pada hari itu bercahaya,senyum gembira".
  • Menerima catatan amal dari sebelah kanan(sebagai tanda selamat) dan ada pula yang tidak diberi catatan sama sekali(sebab tidak dihisab).
  • Dipermudahkan hisab,malah ada yang tidak dihisab sama sekali.
  • Timbangan kebaikannya berat,bahkan ada yyang tidak ditimbang sama sekali.
  • Mendapat penghormata menghadap Rasulullah SAW di telaga baginda dan minum di telaga tersebut. Siapa yang minum air dari tel;aga baginda tidak akan haus samoit bila-bila.
  • Dapat menempuh Titian Sirat dengan selamat dari terhumban ke neraka.
  • Dapat memberi syafaat kepada orang lain dan pada saat huru-hara di Padang Mahsyar sebagaimana para nabi dan rasul memberi syafaat.
  • Memperolehi kejayaan yang kekal di syurga(menjadi raja).
  • Mendapat keredhaan yang maha agung daripada Allah SWT.
  • Menghadap Allah SWT- merupakan sebesar-besar 'hasanah' di akhirat.

Ambillah iktibar suasana di Padang Mahsyar

Mahsyar..itulah tempat sekalian makhluk akan dihimpunkan yakni sejurus setelah dunia lebur dan dilanda kiamat. Ia diselebungi situasi yang maha gawat dan sungguh menggerunkan.
Abu Bakar Barjan, pengarang kitab Al-irsyad berkata, manusia perlu mengambil iktibar daripada keadaan dan suasana di Padang Mahsyar.
Tulisnya:
  1. Meskipun sekalian manusia dihimpun dalam suatu tempat yang sama (Mahsyar), namun ada manusia yang beroleh kurnia dapat minum dari telaga al-Khautsar dan sebaliknya ada pula yang langsung tak dapat bmenghilangkan dahaga walaupun dengan setitik air..bayanngkan lah!
  2. Ada orang yang berada di tempat terang-benderang dan malangnya ramai pula yang berdesak-desak di tempat yang gelap pekat. Walhal mereka berada di tempat yang sama.
  3. Ada pula manusia yang karam dilautan peluhnya sendiri, sebaliknya ada pula manusia yang duduk berehat dibawah naungan Arasy ilahi. Ingat, semuanya terjadi di Mahsyar yang sama.
Keadaan demikian berlaku sebagaimana keadaan yang berlaku di dunia ini. Maknanya, hakikat duniawi ini sedikit sebanyak telah pun menjelaskan bayangan  atau cerminan kehidupan akhirat.Contohnya:
  • Ada berberapa pelajar yang belajar (menuntut ilmu) daripada guru yang sama, tapi diantara mereka ada yang lahir sebagai ali ulama,namun sebaliknya sebahagian mereka kekal terus dengan perangai buruk mereka. Walau menadah ilmu dari guru yang sama kitab yang sama, natijahnya amat berbeza.
  • Ramai juga orang yang menunaikan haji di tanah suci Makkah. Mereka nampak bertawaf di Kaabah yang satu, melontar jamrah yang sama. Namun antara mereka ada yang mendapat haji Mabrur (diterima) dan tak kurang juga yang Mardud (ditolak). Apabila balik ke tanah air ada yang bertambah baik akhlaknya,ibadatnya,sifat pemurahnya. Tak kurang ada yang sebaliknya ada para hujjaj yang tetap tngan perangai serta sifat lamanya. Tetap malas beribadat bahkan semakin bakhil. Walhal mereka menu aikan haji di tempat yang sama dan pada waktu yang sama.
Wallahualam~




No comments:

Post a Comment