Bawa Hatimu Kepada Tuhan

JANGAN SENGAJA MEMBUKA PINTU KEJAHATAN

  • Kita masih terdengar ada dikalangan umat islam masih lagi berani atau tergamak meneguk arak ke dalam perutnya. Air kencing syaitan itu dilanggah semahu-mahunya tanpa rasa segan silu. Semuanya atas nama 'mahu jaga standart' dan atas slogan 'dunia dah berubah'..berubah bapak hang!..Apakah mereka terlalu sombong terhadap Allah SWT atau hati mereka buta daripada merenung peringatan-Nya.
  • Menurut hukumnya,minum arak adalah diantara dosa besar yang dilarang oleh Allah SWT dan Nabi SAW....Arak juga digambarkan sebagai ar-rijis yakni daripada kekotoran buatan syaitan yang merosak dan memusnahkan. Para fuqaha pula lalu bersepakat bahawa sesiapa yang mengingkari pengharamannya, maka jatuh kafir.
  • Apabila arak memasuki badan seseorang dan mengalir di segenap urat darahnya, maka akhirnya ia akan menutup akal dan jiwanya dari melihat kebenaran. Sebab itulah,arak ni dinamakan khamar kerana bila ia diteguk, tertutuplah akal fikiran manusia serta hilanglah kewarasan dan pedomannya. Sedangkan diantara misi kedatangan islam ialah untuk memelihara akal manusia daripada kerosakan dan kesesatan.
  •  " Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan
    menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu )dari melakukan perbuatan itu)"
    (surah al-Maidah ayat 90-91)
  • Larangan sekerasnya telah dijelaskan memalui ayat diatas. Sekali lagi keburukan arak (khamar) yang paling besar adalah ia menghilangkan akal peminumnya. Akal warasnya tidak berfungsi lagi saat itu sedangkan akal adalah milik utama seseorang manusia yang membezakan dirinya daripada haiwan melata.
  • Peminum arak disifatkan sebagai burung merak yang ujub membangga diri. Tanda-tanda kesesatan mula kelihatan lalu berubah ke fasa dua yang mana mereka menjadi umpama sang kera yang cepat pergerakkannya dan akhir sekali umpama babi yang berkubang dalam lumpur.
  • Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah kamu minum khamar(arak), kerana ia adalah pembuka segala kejahatan."(Hadis riwayat Ibnu Majjah)
  • Apabila seseorang meneguk arak,maka terbukalah segala pintu kejahatan dan kedosaan. Maka islam mengambil sikap menutup segala pintu kejahatan demi kesejahteraan umatnya didunia dan di akhirat.



Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
Sebagaimana terkongkongnya jiwa dan hidup orang yang berhutang,begitulah tekanan jiwa dan kehidupan si pelaku maksiat. Sudahlah hutang mengambil masa yang lama untuk dilangsaikan...faedahnya begitu tinggi sekali. Terlewat sedikit membayarnya,maka meningkat sedikitlah bebanan dan tekanan jiwa serta emosi si penghutang.
"Hukuman bagi sesuatu kejahatan (dosa) ialah kejahatan-kejahatan lain selepasnya dan ganjaran bagi sesuatu kebaikan ialah kebaikan-kebaikan yang lain pula selepasnya"
Sesuatu kejahatan yang dilakukan tanpa diiringi taubat,kejahatan yang lain mengatakan kepada empunya,"lakukanlah aku sama". Apabila kejahatan kedua dilakukan,kejahatan ketiga lantas menggoda. Lama kelamaan virus 'DOSA' dan 'MAKSIAT' itu membentuk menjadi satu sifat yang kukuh dan kuasa yang teguh.
Seandainya seorang yang baik berhenti melakukan kebaikan dia akan berasa sesak nafas dan seolah dunia ini terasa amat sempit baginya. Begitulah sebaliknya cuma bezanya dia akan berasa selesa bila anggotanya kembali melakukannya.
Al-Hassan ibn Hani, mengimbau sejarah hitamnya, bderkata "segelas arak aku teguk lantaran kelazatannya, gelas yang lain pula akan kuteguk lantaran mengubati kesengsaraan kerana berpisah dengannya.."
Penyair pernah berkata "ubatanku sebenarnya penyakitku juga umpama peminum arak berubat dengan araknya."
 Seandainya Allah SWT mengutuskan malaikat kepada orang yang soleh iaitu pelaku kebaikan dan ketaatan untuk mendorongnya melakukan kebaikan, maka begitulah halnya dengan golongan fasik (fasiqin) iaitu pelaku dosa dan maksiat. Dia menjadi individu yang bukan sahaja senang hati dengan maksiat, malah mengasihi dan mementingkannya, sehinggalah Allah SWT membiarkan syaitan laknatullah mendorongnya kearah kegelapan maksiat itu.
Orang soleh atau pelaku kebaikan dikuatkan dengan tentera ketaatan isitu malaikat hingga menjadi pembantu terkuatnya.Sedangkan orang fasik atau 'asi iaitu pelaku dosa dan maksiat dikuatkan dengan tentera maksiatyang sentiasa membantunya iaitu syaitan dan hawa nafsu.
in shaa Allah,doa ini mampu menjauhkan diri dari maksiat...


AMALKAN AYAT INI UNTUK MERAWATKAN IMAN YANG LEMAH SERTA MEMPERKASAKAN IMAN 




HAMBA ALLAH DAN KEMULIAAN


Hamba yang dilindungi,dijaga dan dipelihara Allah swt In Shaa Allah akan beroleh al~Izzah yakni kemuliaan dari perbendaharaan-Nya. Kemuliaan itu tidakdapat dijual beli hatta oleh seorang jutawan ternama. Tak dapat dimiliki walau sebesar mana nama dan pengaruhnya. Napoleon dicengkam kehinaan walaupun dikenal sebagai penakluk yang memimpin ratusan ribu bala tentera.
Kemuliaan terbina hasil gerak kerja membina amal takwa. Mahkota kemuliaan lambat laun akan dipakai bilamana kita redha berjubahkan ketakwaan. Orang yang bersungguh memelihara takwa,pasti akan dikurniai kemuliaan berganda. Kemuliaan dunia akhirat. Ihfazillah yahfazuk! (peliharalah hak-hak Allah, pasti Allah akan menjaga dan memelihara kamu)

No comments:

Post a Comment