Monday, January 12, 2015

State the purpose of life.(10marks)

Purpose of life?..pernah tak antum semua tertanya pada diri?..
"Hmm..sepanjang blablabla tahun aku hidup ni..tercapai ka matlamat sebenar hidup?..apa sebenarnya tujuan Allah hidupkan aku sampai hari ni?..umur makin tua.."..

Yaa..nah..sebijik..
Firman Allah..
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Nampak dak?..haa..jelas kat situ..tujuan Allah cipta kita kat dunia ni..life as 'aabid'..but does it enough?..sekadar aabid..yaa..habis..peranan dakwah?..siapa?..kita jugak..aabid + daie.. ana daie..enta daie..antum daie..kita semua daie..

"Arghh....pening..mana satu ni?..sekejap aabid..sekejap daie..pastu ada campur pulak?..sama dengan takde?.."..ish...bagus soalan tu..meh nak bagitau..enta pikir lah yo..mana lahir aabid?..lahir lahir dah boleh ibadat?..dasyat nau..mana lahirnya term 'aabid' tu..?..dari tarbiyah..dakwah..ilmu..siapa yang btanggungjawab ni?..apa pulak term untuk si pembagi tarbiyah..dakwah..haa..'daie' lah oii..mana nak rasa letrik kalau tak bukak source nya?..aiyo...

Allah dah janji..kalau kita tolong agama Allah..Allah akan tolong kita..percaya?..why not?..nah ana buktikan..

Dalam surah Muhammad ayat 7, Allah berfirman, ertinya:
“wahai orang-orang beriman, jika kamu bantu Allah nescaya Ia akan bantu kamu.”

Maksud disini..bantu agama Allah..hayati lah perjuangan tokoh idola kita sepanjang zaman..Rasulullah s.a.w. Baginda banyak berkorban demi agama..sifat baginda...Allahu..terlalu mulia..
Para sahabat..mereka bantu agama Allah..lihat sahaja..terbaca kisah mereka..aish..hebat belaka..terpana ana bila terbaca..

Jadi..nak celoteh panjang pon taK sodap yo..so jelas lah kat sini..hidup kita..bila dok hitung hitung..Allahu..berapa  lama sangat lah dahi kita dok sujud kat sejadah..berapa lama sepanjang 17,18,19,20,21...?..berapa lama je masa kita peruntuk untuk khaliq...banding dunyawi..

Pernah ana terdengar cerita..suatu zaman sebelum zaman Rasulullah s.a.w..ada seorang ibu berduka cita atas kematian anaknya..lalu ditanya oleh seorang rasul tak silap ana..(kalau salah..tlg adjustkan yaa).."mengapakah kamu bersedih?"..dijawab wanita itu.."aku bersedih kerana anak ku telah meninggal pada usia yang muda"..lalu disoal kembali.."berapakah umur anakmu itu?"..dijawab kembali.."300 tahun.."..lalu dibalas dengan kata ini.."sesungguh nya ..akan ada suatu zaman dimana mereka akan hidup sekitar 68 tahun"..si wanita terkejut seraya berkata.."waktu itu hanya cukup untuk kami bersujud sepanjang hidup.."...

Nampak?..haaa..betapa lah..uish..tak tau nak habaq lagu mana dah..ingat..purpose of our life...?..aabid yakni ahli ibadah..daie...pendakwah..dakwah tanggungjawab kita..kalau bukan kita..siapa lagi??..dan seaungguhnya..sentiasa lah letak Allah dalam hati..kita ni apa ada?..0..0+0=00...0+0+0=000...0+0+0+0+0+0=0000000...(pandai najwe latip nyanyi..kosong..kosong.... dan ini..bukan jugak binary number..)..hee..selingan..

Bila kita letak Allah yakni 1...1+0=10....1+0+0=100..1+0+0+0+0=10000..haa..nampak?..

Bila sentiasa kita ingat..tanggungjawab dan tujuan hidup kita..in shaa Allah..terjamin.....

Wallahualam...aasif kalau tersalah celoteh..
Deen oveR Dunya..
~~

Wednesday, December 18, 2013

Solat berjemaah itu fardhu



Solat secara berjemaah adalah fardhu kifayah..yang mana..dalam sesebuah komuniti..harus ada wakil-wakil yang akan melakukannya..Allah SWT telah mensyariatkan solat yang pada awalnya begitu banyak,namun Rasulullah SWT telah memohon kepada Allah SWT sehingga baginda berasa malu untuk meminta dikurangkan lagi waktu solat yang telah difardhukan..5 waktu..apalah sangat masa yang kita habiskan untuk mengejar dunia berbanding masa untuyk kita mengejar akhirat..Solat jemaah lebih tinggi ganjarannya yakni dengan 27 kali darjat berbanding solat sendirian..luangkan masa sedikit untuk solat berjemaah..tak lama..tidak sambai setengah hari masa kita bersama Allah SWT sambil merapatkan ukhuwah..renungkan hadis ini:


Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala."  -  Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasai.

Lihatlah betapa kerasnya penegasan tentang solat secara berjemaah..Selain daripada ini ada banyak lagi amaran kerana meninggalkan solat berjemaah. Bagi orang Islam, sebenarnya tidak perlu kepada satu ancaman pun, berupa perintah Allah s.w.t dan RasulNya adalah yang paling berharga bagi mereka. Bagi mereka yang tidak menghargai perintah-perintah Allah s.w.t dan RasulNya maka ribuan bentuk ancaman pun tidak memberi sebarang kesan. Apabila sampai waktu akan menerima azab barulah mereka akan menyesal, tetapi sudah tidak berguna lagi.

SEJARAH SOLAT BERJAMAAH... Ada dikhabarkan sejarah Solat Berjamaah bermula tatkala selepas Nabi Muhammad SAW pulang dari peristiwa bersejarah "Israq dan Mikraj", bagi menerima Rahsia dan Fardhu Solat. Lalu baginda Nabi SAW membangunkan Bonda Siti Khadijah dan Saidina Ali dari tidur mereka, utk sama-sama mendirikan solat secara berjamaah...

(PERTAMA) Bermulanya mereka diajarkan cara mengambil Wudhu. (KEDUA) Kemudian diajarkan mereka cara bersyahadah, mengadakan penyaksian serta membuat pengakuan.. (KETIGA) Kemudian mereka diajarkan cara2 Solat Berjamaah, Nabi SAW sebagai Imam, dan kedua mereka sebagai Makmum... Maka Bonda Siti Khadijah dan Saidina Ali yg masih kanak2 lagi, mereka itulah orang pertama2 memeluk Islam serta telah berbaiah dgn Nabi SAW... 
Allahu'alam Bissawabbbb....


Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w bahawa Baginda s.a.w telah bersabda, "Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq bagi mereka yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah, tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah. - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani.

Lihat lah..sebegitu keras amaran kepada yang mendengar laungan azan tapi tidak hadir..Subhanallah..seterusnya..direnungkan pula hadis dibawah..

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." - Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Tirmizi.

Ada sedikit kelonggaran dalam islam..sesungguhnya islam itu tidaklah akan menyusahkan umatnya kerana..setiap sesuatu ibadah,pasti ada keringanan yang telah disyariatkan oleh islam..begitu juga dengan solat berjemaah..namun kelonggaran itu juga ada syarat yang perlu disertai..hadis dibawah jelas menunjukkan syariat tersebut..

Abdullah Bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya(uzur) daripada menyertai solah berjemaah maka solah yang dikerjakannya itu tidak akan diterima." Para sahabat bertanya, "Apakah uzur itu?"Jawab Rasulullah s.a.w, "Takut atau sakit."  -  Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban. 

Tuesday, December 17, 2013

Pahala setelah kematian


Ingat akan kematian sesungguhnya akan mendekatkan diri kita dengan Rabb yang Maha Esa...Sesungguhnya,kematian adalah sesuatu yang sudah pasti akan dialami semua...Kecil besar,tua mahupun muda..ajal tidak pernah mengenal usia..Malaikat maut tidak akn sesaat pun tercepat mahu terlambat..bila tiba sahaja detik sakaratul maut..pasti terasa amat perit apatah lagi pada si pelaku dosa dan maksiat yang tidak sempat bertaubat..


Kita sering mendengar  para muballigh atau penceramah yang mengatakan bahawa tidak ada lagi amal yang bermanfaat bagi seseorang setelah kematiannya, kecuali tiga hal: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang mendoakannya. Hal ini berdasarkan hadis berikut,

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا مات الإنسانُ انقطعَ عملُه إلا من ثلاثٍ: صدقةٍ جاريةٍ، أو علمٍ يُنْتفعُ بهِ، أو ولدٍ يدعو له (رواه البخاري ومسلم)

Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda, ‘Jika manusia mati maka terputuslah amalnya, kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang mendoakannya’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di dalam Al Quran Allah SWT lelah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang ada diatas muka bumi ini akan binasa dan yang kekal hanyalah zat Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Besar.” Ar Rahman : 27
“Setiap yang bernyawa akan menemui kematian.” Al Anbia : 35
“Sesungguhnya mati yang kamu ingin lari daripadanya itu ia akan menemui kamu.”
Al Jum’ah : 8
Diriwayatkan dari nabi SAW, bahawa baginda bersabda yang bermaksud: “Roh orang-orang mukmin itu tidak akan keluar sehingga dia melihat tempatnya di syurga, dan roh orang kafir ilu tidak akan keluar sehingga dia melihat tempatnya di neraka. Mereka (para sahabat) sama-sama berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana orang mukmin dapat melihat tempatnya di syurga dan orang kafir dapat melihat tempatnya di neraka?” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menciptakan Malaikat Jibril dengan sebaik-baik rupa yang mempunyai 600 sayap. Diantara sayap-sayap itu terdapat dua sayap berwarna hijau, seperti sayap burung Kasuari. Apabila dia mengembangkan sayap-sayapnya, maka meliputi apa-apa yang terdapat di antara langit dan bumi. Di sayap yang kanan terdapat gambaran syurga dengan apa-apa yang terdapat didalamnya bidadari, istana, kamar-kamar bertingkat, para khadim, para pembantu dan anak-anak.
Di sayap kiri terdapat gambaran neraka Jahannam, dan apa-apa yang ada di dalamnya; kala jengking, kamar-kamar berlantai rendah dan malaikat Zabaniyahnya. Apabila ajal sesaorang hamba telah tiba, masuklah sekelompok Malaikat pada urat-uratnya serta menyerap rohnya melalui kedua telapak kakinya sampai ke lutut. Kemudian keluar. Lalu masuk lain kelumpuk yang kedua yang menyerap rohnya dari lututnya sampai ke pusatnya lalu keluar pula.
Masuk pula kelompok yang ketiga yang menyerap rohnya dari perut bahagian pusatnya sampai ke dadanya lalu keluar. Lalu masuklah kelompok Malaikat yang keempat, yang menyerao rohnya dari dada sampai ke tenggoroknya; sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: “Maka kalau (engkau dapat, mengapa) tidak (engkau) kembalikan, ketika roh sudah sampai ke tenggorokan; padahal ketika itu kamu sekelian menyaksikan.”
Pada saat itu, apabila dia seorang mukmin Jibril a.s. akan memaparkan sayapnya yang kanan sehingga dia melihat tempatnya di syurga serta merindukanya dan terus-menerus memerhatikanya dan tidak mengalihkan pandanganya walaupun ayahnya, ibunya atau anak-anaknya oleh sebab rindunya kepada tempat itu. Apabila dia itu orang munafiq, malaikat Jibril a.s. memaparkan sayapnya yang di kirinya sehingga dia dapat melihat tempatnya di neraka Jahannam dan dia terus memperhatikanya dan tidak dapat melihat yang lainnya walaupun ayahnya, ibunya dan anak-anaknya sendiri oleh sebab susahnya (memikirkan) tempatnya ilu.
Berbahagialah untuk orang yang kuburnya merupakan tamansari dari berbagai tamansari syurga dan celakalah orang yang kuburnya merupakan liang dari berbagai liang neraka.
Nabi SAW bersabda: “Seandainya rasa sakit sehelai rambut dari seorang mayat itu diletakkan si atas langit dan bumi, nescaya matilah penduduk langit dan bumi dengan izin Allah Taala. Kerana tiap-tiap rambut itu mengalami mati, dan mati itu tidak terjadi pada sesuatu melainkan mati pula bersama-sama semua anggotanya.”
Di dalam sebuah hadis dikatakan: “Apabila dikehendaki Allah akan menyabut jiwa sesaorang mukmin maka datanglah malaikat maut ke mulut si mukmin itu untuk menyabut jiwanya, maka keluarlah zikir dari mulutnya seraya berkata: Tidak ada jalan untukmu dari arah (jalan) ini, sebab sesungguhnya si mukmin telah membuat lidahnya untuk selalu berzikir kepada Tuhartku.”
Malaikat pun kembali kepada Tuhan seraya mengatakan: “Demikian, demikian” Maka Allah berfirman: “Cabutlah dari arah lain.”
Malaikat pun mendatanginya dari arah tanganya. Maka keluarlah dari tangan mukmin itu sedekah, beliau berkasih sayang kepada anak yatim, menyampaikan ilmu pengetahuan serta pukulan dengan pedang dalam membela agama-Nya dan tangan itu pun berkata seperti yang dilakukan lidah (mulut).
Lalu malaikat datang kearah kaki, dan kaki pun berkata seperti yang pertama, “Sesungguhnya aku telah berjalan dengan kaki untuk mengerjakan sembahyang berjemaah beberapa kali sembahyang Hari Raya serta menghadiri pengajian-pengajian.”
Kemudian malaikat datang ke arah telinga, telinga pun berkat seperti yang pertama: “Sesungguhnya dia (si mukmin) lelah mendengarkan al Quran dan berzikir dengan aku (telinga).”
Lalu malaikat datang ke arah mala, matapun menyambutnya seperti yang pertama: “Sesungguhnya dia telah menggunakan aku (mata) untuk melihat al Quran dan beberapa kitab. Lalu malaikat maut kembali kepada Allah seraya berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya saya telah dikalahkan oleh alasan-alasan anggota badan hamba yang beriman, maka bagaimanaaku dapat mencabut ruhnya?”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah segala pahala amalannya, melainkan tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu amalan soleh, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya”. Hadis Riwayat Muslim
Allah Taala pun berfirman: “Tuliskanlah asma Ku di telapak tanganmu serta tunjukkanlah kepada ruhnya dari orang yang beriman itu”. Maka ruh dari yang beriman itu melihatnya serta mencintai-Nya lalu keluar dari mulutnya.”
Inilah berkat Asma Allah, sehingga hilanglah rasa sakit ketika dicabutkan nyawa dari badan orang mukmin. Namun begitu Rasulullah telah menggambarkan bahawa “Jiwa orang yang beriman itu keluar dari badan kasamya sebagaimana rambut yang keluar dari adunan roti.”
Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s. telah menghidupkan beberapa orang yang telah meninggal dunia dengan izin Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cubalah hidupkan untuk kami orang yang telah mati pada zaman yang awal dahulu.”
Kata Nabi Isa a.s.: “Pilihlah!” Mereka berkata “Hidupkanlah untuk kami Sam bin Nuh.” Nabi Isa a.s. pergi ke kuburanya lalu mengerjakan sembahyang dua rakaat dan berdoa kepada Allah.
Sam bin Nuh pun hidup kembali, sedangkan rambutnya serta janggutnya sudah memutih. Kata Nabi Nuh a.s. “Mengapa rambutmu menjadi putih (beruban) seperti ini sedangkan dimasa hidupmu dulu belumlah demikian?”
Berkata Sam bin Nuh: “Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba. Sesungguhnya rambut dan janggul saya berubah menjadi putih kerana takutnya hari kiamat”.
Berkata Nabi Isa a.s.: “Semenjak berapa tahun engkau meninggal?”
Kata Sam: “Semenjak 4000 tahun, tetapi belum lagi hilang rasa sakit dari sakaratul maut.”
Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT telah mengirimkan kepada orang-orang kafir (termasuk juga orang-orang munafik dan orang mukmin derhaka) 99 ekor ular yang besar-besar dan ular-ular itu akan menggigit dan mengetit dengan amat bisanya ke atas mayat itu hingga ke hari Qiamat. Jika sesekor dari ular itu datang ke atas muka bumi lalu menghembuskan nafasnya yang bisa itu ke muka bumi ini, nescaya tidak ada satupun yang akan tumbuh di muka bumi ini.
Begitulah dahsyatnya siksa yang akan diterima oleh orang-orang munafik, orang-orang kafir serta orang-orang mukmin yang derhaka ketika berada di alam kubur. Bukan saja ular-ular itu besar dan menggerunkan, malah ia akan mengetit dan menggigit dengan gigitan yang berbisa sekali. Diibaratkan bahawa kalau hembusan nafasnya yang bisa itu ditiup ke muka bumi, nescaya tidak ada satu tumbuhan pun yang dapat hidup di muka bumi ini.
Lagi satu siksa yang diterima oleh mayat yang derhaka kepada Allah di dalam kubur ialah siksa himpitan kubur. Kubur yang sempit itu akan menghimpit mayat hingga berselisih tulang-tulang rusuk. Kubur akan menghimpit si mayat apabila dia tidak dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir.
Selain dari itu, azab yang akan diterima oleh si mayat di alam kubur ialah azab yang didatangkan oleh malaikat ketika salah satu dari pintu neraka dibukakan. Api dari pintu neraka itu akan menyembur dan menuju ke alam barzakh tempat mayat itu disiksa. Jadi, di alam barzakh lagi, manusia sudah menerima sebahagian kecil daripada azab api neraka.
Sepertimana yang telah kita sebutkan, bagi orang-orang mukmin yang sejati atau orang-orang mukmin yang soleh, dia terlepas dari sebarang siksa kubur hatta malaikat Mungkar dan Nakir yang begitu ganas dan garang pun menjadi lemah lembut dengan mereka. Bagi mereka, alam barzakh ialah tempat mereka berehat dengan penuh keindahan dan kenikmatan. Allah datangkan untuk mereka nikmat-nikmat yang banyak sepertimana nikmat di dalam Syurga. Setengah daripada nikmat untuk mereka ialah Allah perluaskan kubur mereka hingga 70 hasta lebar. Dan kemudian Allah panjangkan kubur itu sehingga 70 hasta panjang. Maka berehatlah si mayat di dalam rumahnya yang begitu lebar dan luas sehingga ke hari qiamat.
Setelah Allah perluas dan Allah perpanjangkan kubur orang soleh, Allah bukakan salah satu daripada pintu Syurga. Maka mengalirlah sebahagian daripada nikmat Syurga termasuk makanan yang lazat-lazat, rasa keseronokan dan keindahan yang tidak terkira dan lain-lain nikmat Syurga. Cuma ulama-ulama tidak pernah menyebut tentang nikmat bidadari Syurga bagi mereka yang berehat di alam barzakh. Begitu juga, di alam barzakh tidak ada pelayan-pelayan sepertimana yang terdapat di dalam Syurga. Ertinya, di alam barzakh, masing-masing adalah bersendiri sahaja. Walaupun bersendirian, tetapi dia masih seronok dan gembira. Hidupnya di alam barzakh penuh bergemerlapan, diterangi oleh cahaya-cahaya dan suasana Syurga.
Cahaya yang meneranginya di alam kubur adalah dari lampur yang cantik dan indah, memberikan dia rasa yang nyaman tidak panas dan tidak juga sejuk. Kemudian Allah datangkan kepadanya salah satu daripada pohon syurga. Maka adalah baginya buah-buahan yang lazat-lazat di samping ada air yang mengalir. Yang demikian, kata ulamak, jadilah suasana di alam barzakh bagi orang-orang mukmin yang soleh seperti suasana malam bulan purnama setiap saat dan ketika sehinggalah dia dihimpunkan di padang Yauma Mahsyar kelak.
Demikianlah serba sedikit gambaran terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada manusia di alam barzakh atau di dalam kubur sama ada yang telah berlaku iaitu bagi mereka-mereka yang telah mati lebih dahulu dari kita ataupun yang akan berlaku ke atas kita-kita semua apabila kita mati kelak. Dan pada masa ini, peristiwa-peristiwa itu sedang menimpa mereka-mereka yang berada di alam barzakh. Khususnya bagi orang-orang munafik dan orang-orang kafir, mereka ini sedang menerima siksa dan azab yang tidak henti-hentinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat diwaktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya sambil berkata,'Keluarkanlah nyawamu! Di hari ini, kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah perkataan yang tidak benar, dan kerana kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya" (Surah Al-An'am Ayat 93)
Begitu jugalah bagi orang-orang mukmin yang derhaka, ingkar dan mungkar terhadap perintah-perintah Allah yang ketika di dunia dulu mengakui Islam tidak mahu hidup menurut yang dikehendaki oleh Islam tetapi sebaliknya lebih suka hidup menurut cara-cara yang lain dari Islam seperti cara orang Yahudi, cara orang Nasrani, cara orang barat, cara orang timur dan sebagainya, maka bagi mereka ini juga kini sedang menerima azab siksa kubur yang keadaannya adalah seperti azab di dalam neraka Allah.
Cuma, bagi orang mukmin yang sebenar-benarnya iaitu orang mukmin yang taat mengerjakan perintah Allah, membuat perkara yang disuruh sama ada yang fardhu mahupun yang sunat dan meninggalkan perkara yang dilarang dan yang diharamkan oleh Allah SWT, sama ada yang haram ataupun mereka yang makruh, bagi mereka ini alam barzakh ataupun alam kubur adalah tempat mereka berehat dan tempat mereka mentenangkan hati. Kini mereka sedang menikmati sebahagian daripada nikmat-nikmat Syurga yang Allah anugerahkan kepada mereka.
Kita yang masih hidup ini hendaklah menjadikan cerita-cerita yang diriwayatkan dari hadis-hadis sahih Rasulullah SAW ini mengenai peristiwa alam kubur sebagai satu pengajaran yang wajib kita pegang dan kita yakini supaya kita dapat mengatur langkah-langkah yang wajar bagi mengelakkan diri kita daripada siksa dan azab di alam barzakh. Caranya ialah dengan benar-benar menyusun dan mengatur setiap aspek kehidupan ini mengikut yang dikehendaki oleh ajaran Islam, ajaran Allah dan Rasul serta ajaran Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Sama ada dalam kita mengatur diri kita, dalam kita mengatur rumahtangga kita, dalam kita mengatur anak isteri kita, dalam kita mengatur usaha ikhtiar kita, dalam kita mencari rezki, mencari ilmu pengetahuan dan lain-lainnya, semuanya itu hendaklah mengikut yang dikehendaki oleh Al Quran dan sunnah. Setiap aspek kehidupan kita itu mestilah menurut ajaran Islam, barulah kita akan terselamat di akhirat nanti.
Kemudian, satu peristiwa lagi yang beriaku kepada semua manusia di alam barzakh ialah ketika telah temat riwayat alam zahir ini ataupun alam dunia ini. Ketika itu, Allah akan perintahkan kepada malaikat bernama Israfil untuk meniup Sangkakala yang pertama yang akan mematikan seluruh isi langit dan isi bumi dengan kematian yang amat mengejut. Datangnya tiupan Sangkakala yang pertama ini amat menakutkan setiap yang masih hidup hingga ke saat itu kerana bunyinya yang amat dahsyat yang tidak pernah didengar oleh setiap makhluk selama itu. Tidak satu pun makhluk yang bernyawa dapat terselamat. Semuanya akan mati termasuklah iblis dan syaitan yang sentiasa mengajak dan menarik manusia melakukan maksiat.
Jadi, riwayat iblis yang engkar dan derhaka kepada Allah SWT, yang bersumpah untuk memusnahkan manusia dan meminta agar dipanjangkan umurnya, berakhir dengan tiupan Sangkakala yang pertama ini. Riwayat kejahatan iblis sepertimana yang kita kelahui bermula dari nenek moyang kita Nabi Adam as dan isterinya Siti Hawa. Iblis dapat masuk ke dalam Syurga dan menghasut isteri Nabi Adam melakukan satu kesalahan hingga menyebabkan mereka disingkir keluar dari Syurga ke alam dunia yang hina dina ini. Perbuatan iblis telah menyebabkan Nabi Adam dan isterinya terpisah selama lebih kurang 40 tahun di atas bumi yang tandus dan gersang sehinggalah mereka bertemu kembali di Padang Arafah.
Cuma, apa yang beriaku kepada Nabi Adam dan isterinya adalah hikmah besar kepada umat-umat yang akan terjadi selepas dari itu. Perlakuan Nabi Adam dan isterinya yang bertemua di Padang Arafah telah menjadi syariat kepada setiap umat Islam selepas itu supaya berhimpun di Padang Arafah pada hari 9 zulhijjah.
Daripada penipuan iblis buat pertama kali yang beriaku kepada Nabi Adam dan isterinya itu, seterusnya berlakulah penipuan-penipuan yang lain kepada umat manusia hinggalah ke saat tiupan Sangkakala yang pertama tadi. Telah ramailah manusia yang tertipu dan terjebak ke dalam perangkap jahat iblis dan syaitan. Telah ramailah manusia yang berjaya ditipu dan dihasut oleh iblis serta anak-anak buahnya yang begitu ramai sekali. Buktinya, lebih dari 3/4 umat manusia adalah yang kafir, yang munafik dan yang derhaka kepada Allah SWT kerana telah berjaya dipesongkan akidah mereka oleh iblis dan syaitan.
Jadi, iblis dan syaitan begitu panjang sekali umurnya yang hidup di kalangan umat manusia. Ketika hidupnya, setiap manusia lelah dihasut dan digoda hingga jatuh ke dalam perangkapnya. Hatta isteri para Rasul dan para Nabi yang kemudian dari Nabi Adam pun, banyak yang tertipu daya oleh iblis dan syaitan. Malah isteri Rasulullah pun, cemas-cemas juga terperangkap dengan hasutan iblis dan syaitan. Sebab itulah, isteri-isteri kita hendaklah berhati-hati kerana hasutan iblis dan syaitan adalah terlalu halus dan bijak. kalau isteri Rasul-rasul pun boleh terperangkap, apa lagilah dengan isteri-isteri kita yang imannya lemah dan longgar. Mudah sekalilah iblis dan syaitan menggoda mereka.

Carilah kawan atau cintalah kawan sebanyak-banyaknya Untuk menjadi sahabatmu ketika sakaratul maut Di waktu itu selain kawan tidak ada siapa yang menolongmu Juga di dalam kubur, sahabatmulah yang akan berada bersama-samamu Orang lain janganlah diharapkan. Hinggalah sampai ke Padang Mahsyar, kawan juga yang akan membantu kawan. Selain itu semuanya lari dan menjauhkan diri. Yang dimaksudkan kawan yang akan membela kita di sini. ialah amal soleh kita...
Malah, bukan saja para isteri dan para kaum perempuan saja yang perlu berhati-hati terhadap godaan iblis dan syaitan ini, para-para suami dan kaum lelaki juga wajib berhati-hati dan hendaklah sungguh-sungguh berusaha melawan kehendak iblis dan syaitan, melawan nafsu dan ikhlas beribadah kepada Allah SWT. Yang demikian sahajalah syaitan akan takut dan akan lari daripada kita. Hendaklah kita faham dan perhatikan sungguh-sungguh tipu daya syaitan ini ialah dengan hati kita sentiasa menyebut nama Allah, hati kita sentiasa mengingati Allah SWT. Iblis dan syaitan adalah makhluk Allah juga dan kalau kita sentiasa mengingati Allah, Dia-lah yang akan menolong kita menjauhkan iblis dan syaitan itu.
Jadi, iblis dan syaitan yang jahat dan yang panjang umur itu akan mati juga apabila bertiup Sangkakala yang pertama. Malah malaikat-malaikat juga mati semuanya, kecuali mereka-mereka yang masih dikehendaki hidup oleh Allah SWT seperti Bidadari-bidadari Syurga, pelayan-pelayan Syurga dan setengah-setengah malaikat. Jadi, tidak ada siapa yang boleh terlepas daripada mati. Ini telah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al Quran: “Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati.” Al Imran: 185
Ertinya, setiap makhluk yang hidup sama ada yang di bumi, di lautan, di langit dan di mana saja, semuanya akan mati. Manusia, jin, iblis, syaitan, malaikat, binatang- binatang dan lain-lain makhluk yang bernyawa, semuanya akan mati. Dan setelah semuanya mati, maka tenanglah segala-galanya. Semuanya sudah tidak ada lagi melainkan Syurga, Neraka, Arasy, Kursi, Luhmafudz dan juzuk-juzuk yang Allah kekalkan, secara kekal Aradhi. Cuma, Zat Allah SWT adalah kekal abadi dengan kekal yang wajib dan kekal yang tiada kesudahan kerana wujudnya Allah adalah wujudnya yang tiada pcrmulaan. Dan keadaan yang lenang ini akan berlalu selama kira-kira 40 tahun. Dalam masa 40 tahun inilah, seluruh manusia yang berada di alam kubur juga tenang dan tidur, sama ada yang mukmin mahupun yang kafir.
.

Monday, December 16, 2013

Sukarnya dipisahkan nikmat itu

Manusia dan dunia sukar untuk dipisahkan kerana nikmat Allah yang telah mereka kecapi..tapi adakah kita cukup b'syukur?..kenapa tidak sdangkan kita tahu bahawa segala apa yg kita nikmati itu dtgnya dari Rabb kia yg satu Allah swt..kita seolah menafikan kebenaran jika masih tidak b'syukur..sifat Maha Pemurah Allah itu meliputu keseluruhan alam..lihat sahaja..ramai jutawan2 bukan dari penganut islam..tapi adakah mereka ahli syurga?..wallahualam..jika mualaf mereka..syurga lah tempatnya..tapi mereka kecapi nikmat kerana usaha mereka..jadi apatah islam..kita perlu usaha..untuk mencapai nikmat Allah..seterusnya bersyukur...

Sunday, December 15, 2013

Renungilah


  • jIka dikumpulkan semua kelazatan dan keikmatan duniawi ini dengan satu tujuan utk m'gembirakan hati yg sedang b'duka akibat terpisah dari rahmat Allah swt..nescaya ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan daan penderitaan tersebut..sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa..percaya lah..kerana kehilangan rahmat Allah itu adalah sesuatu yang sudah pasti tidak diingini sekiranya kita tahu betapa dri sebesar rahmat hingga sekecil zarah rahmat Allah itu bermakna..




Tuesday, August 6, 2013

tafsiran bermaafan raya

assalamualaikum...
tafsiran tentang bermaafan di hari raya..zaman Rasulullah s.a.w dulu...para sahabat dan umatnya bermaafan adalah sebelum ramadhan..di mana bagi mereka..bulan ramadhan..adalah bulan paling berkat untuk beribat..memohon doa pada Allah s.w.t...
manakala pada hari raya..mereka menjalani hidup seperti biasa..kerana sudah bermaafan sebelum puasa...wallahualam...

Monday, February 11, 2013

kerenah...

La Tahzan Innallaha Ma'ana ( Janganlah bersedih,Allah bersama kita).Allah berfirman dalam Surah Ali ‘Imran yang bermaksud,"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman." Think positive. :)~thanx to kak fyqa...

Friday, January 11, 2013

2 minggu...setelah berada di penjara ilmu....sekarang dah kat rumah....
Gipang?....stu kata yg sgt tak patut wujud....gila pangkat...
Hanya orang yg gipang akan nampak org lain gipang...sebab dye tak mampu nak terima kenyataan yg dye takde pangkat...ish2...sukar diterima...manusia...penuh dgn phd....sbb tu Allah trunkn bala....nauzubillah....

Saturday, December 22, 2012

makan lha apabila lapar,,,berhentilah sebelum kenyang,,,ikut sunnah,,,
Itu baru lah menunjukkan yang kita nie sayang @ cinta akan Rasulullah s.a.w.....:)
Basmalah juga jangan dilupa,,,kelak lari syaitan durjan....

Wednesday, December 12, 2012

magnet cinta

Kadang-kadang kita tak sedar yang ada magnet cinta antara laki dan pempuan....
Macam mana pon...manusia sendiri perlu pandai memilih magnet cinta nie..ye...macam magnet yg blajar kt skola tu...n↔s...s↔n....sama je...magnet cnta pn kena cri yang b'lawanan n ngam...jangan lha macam n↮n..s↮s...

Tuesday, December 11, 2012

doa setiap solat..

ibu bapa dikatakan akan dirahmati Allah sekiranya anak mereka mampu mendoakan mereka 5 kali sehari...
Allahummafirglana zunubana waliwalidaina warhamhuma, kamarabbayani saaghira..
Easy way nak buat macam nie bagi si anak»
*doakan mereka di setiap sujud akhir solat fardu...
  In Shaa Allah~
haa...ni dia satu lagik...kita jangan lha sangka kita dah sempurna dalam nak cinta seseorang ye...tak sebenarnya....lagu simple plan ni ponns,...redo je ngaku tak sempurna...haha...what ever lha...
btw...sempurna tak sempurna...even dalam agama pon...tanggungjawab nasihat n dakwah mesti jugak diteruskan..kalau nak tunggu sempurna...jawabnya ntah bila lha dakwah nak berkembang...
selami jiwa,,selami hati,,selami laut dalam,,,,haha,,,
renung-renungkan...selamat beramal...!!

Sayangi hati

Hati kita ada pintunya,,,n' thats what we call "pintu-pintu hati"...tugan n tanggungjawab kita adalah untuk memastikan pintu-pintu hati tadi sentiasa terbuka luas.
untuk apa???????
supaya ia boleh menerima sebanyak-banyaknya cahaya hidayah serta ilmu Allah swt.

Monday, December 10, 2012

kenapa ada cinta'love'?

Cinta itu anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai.
kira beruntung siapa yang ada cinta hati,namun cinta yang satu tetap hanya pada Allah...terapkan dalam diri..mesti!
lumrah hidup la cinta ni kan..memang setiap orang ada perasaan tu..kalau takde..there must be something wrong..haha..joking....
cinta n sayang ni tak boleh  dibuktikan dengan hadiah or something like..ia merupakan satu abstrak\perasaan....boleh kita nampak perasaan??..tak..tapi kita boleh tonjolkan..macam juga perasaan setia dan taat pada Allah..kita lakukan perkara yang diperintahNya..

kebenaran..

Ada jalan taubat untuk si penyembunyi kebenaran:
Kebenaran itu milik Allah s.w.t.Ia wajib disampaikandan dijelaskan kepada seluruh umat manusia.Selepas para nabi dan rasul,siapa lagi yang wajib lagi berautoriti menyampaikan kepada umat manusia selain mereka yang disebut para ulama dan para pendakwah???