Wednesday, December 18, 2013

Solat berjemaah itu fardhu



Solat secara berjemaah adalah fardhu kifayah..yang mana..dalam sesebuah komuniti..harus ada wakil-wakil yang akan melakukannya..Allah SWT telah mensyariatkan solat yang pada awalnya begitu banyak,namun Rasulullah SWT telah memohon kepada Allah SWT sehingga baginda berasa malu untuk meminta dikurangkan lagi waktu solat yang telah difardhukan..5 waktu..apalah sangat masa yang kita habiskan untuk mengejar dunia berbanding masa untuyk kita mengejar akhirat..Solat jemaah lebih tinggi ganjarannya yakni dengan 27 kali darjat berbanding solat sendirian..luangkan masa sedikit untuk solat berjemaah..tak lama..tidak sambai setengah hari masa kita bersama Allah SWT sambil merapatkan ukhuwah..renungkan hadis ini:


Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala."  -  Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasai.

Lihatlah betapa kerasnya penegasan tentang solat secara berjemaah..Selain daripada ini ada banyak lagi amaran kerana meninggalkan solat berjemaah. Bagi orang Islam, sebenarnya tidak perlu kepada satu ancaman pun, berupa perintah Allah s.w.t dan RasulNya adalah yang paling berharga bagi mereka. Bagi mereka yang tidak menghargai perintah-perintah Allah s.w.t dan RasulNya maka ribuan bentuk ancaman pun tidak memberi sebarang kesan. Apabila sampai waktu akan menerima azab barulah mereka akan menyesal, tetapi sudah tidak berguna lagi.

SEJARAH SOLAT BERJAMAAH... Ada dikhabarkan sejarah Solat Berjamaah bermula tatkala selepas Nabi Muhammad SAW pulang dari peristiwa bersejarah "Israq dan Mikraj", bagi menerima Rahsia dan Fardhu Solat. Lalu baginda Nabi SAW membangunkan Bonda Siti Khadijah dan Saidina Ali dari tidur mereka, utk sama-sama mendirikan solat secara berjamaah...

(PERTAMA) Bermulanya mereka diajarkan cara mengambil Wudhu. (KEDUA) Kemudian diajarkan mereka cara bersyahadah, mengadakan penyaksian serta membuat pengakuan.. (KETIGA) Kemudian mereka diajarkan cara2 Solat Berjamaah, Nabi SAW sebagai Imam, dan kedua mereka sebagai Makmum... Maka Bonda Siti Khadijah dan Saidina Ali yg masih kanak2 lagi, mereka itulah orang pertama2 memeluk Islam serta telah berbaiah dgn Nabi SAW... 
Allahu'alam Bissawabbbb....


Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w bahawa Baginda s.a.w telah bersabda, "Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq bagi mereka yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah, tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah. - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani.

Lihat lah..sebegitu keras amaran kepada yang mendengar laungan azan tapi tidak hadir..Subhanallah..seterusnya..direnungkan pula hadis dibawah..

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." - Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Tirmizi.

Ada sedikit kelonggaran dalam islam..sesungguhnya islam itu tidaklah akan menyusahkan umatnya kerana..setiap sesuatu ibadah,pasti ada keringanan yang telah disyariatkan oleh islam..begitu juga dengan solat berjemaah..namun kelonggaran itu juga ada syarat yang perlu disertai..hadis dibawah jelas menunjukkan syariat tersebut..

Abdullah Bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya(uzur) daripada menyertai solah berjemaah maka solah yang dikerjakannya itu tidak akan diterima." Para sahabat bertanya, "Apakah uzur itu?"Jawab Rasulullah s.a.w, "Takut atau sakit."  -  Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban. 

No comments:

Post a Comment